Total Pageviews

Tuesday, October 15, 2019

KERJA SAMBIL JALAN DI SABAH

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Kali ini saya nak cerita pasal tempat yang saya menginap semasa urusan kerja September 2019 yang lepas. Saya menginap di Beringgis Spa Beach Resort, Papar, Sabah. Cantik tempat dia. Berdekatan dengan pantai. Tapi pantai kawasan sini tidak sesuai untuk mandi manda disebabkan kawasan 'Jelly Fish' melepak. Hanya sekadar nak tengok matahari terbit dan turun. Tapi, suasana dia cantik sangat.

Suasana resort dan bilik disini lebih sesuai kepada pasangan honeymoon sebab suasana dia lebih kepada mood suram dan romantik. Pergerakan disini jugak agak terhad bagi yang menggunakan wheel chair atau stroller anak-anak. Tiada kemudakan lif disediakan, hanya tangga. Resort penginapan adalah 2 tingkat, maknanya akan ada bilik di tingkat atas yang perlu naik menggunakan tangga. Walau bagaimanapun, customer service disini akan membantu jika pengguna wheel chair mahu menggunakan tangga, staft sana akan mengangkat customer tersebut semasa menaiki atau turun tangga. Dari parking ke lobi resort anda perlu mendaki tangga, dan dari lobi ke kawasan penginap and perlu turun tangga.

Pilihan bfast disini adalah pelbagai, kira lengkap untuk sarapan pagi. Kawasan sini agak jauh dengan Kota Kinabalu dan jika anda ingin menikmati seafood perlulah keluar ke Kota Kinabalu dalam jarak 45 minit perjalanan.













Lokasi : Beringgis Beach Resort, Papar, Sabah, Malaysia
https://goo.gl/maps/cHaKU6zzPYcQK7X6A

Thursday, October 10, 2019

MAKAN-MAKAN DI KAWASAN SUNGAI MERAB

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...ayat macam nak tulis surat kerajaan. Hi...Masa ni saya makan di restoren MZ Cafe namanya, Dekat dengan Putrajaya. Sini macam-macam ada. Makanan melayu, siam, orang putih..semua ada. 

Pilihan dia bagi Menu Pagi lain, Menu Lunch lain, Menu malam lain..Memang buka sampai ke malam. Dekat kedai ni jugak dia sediakan tempat main kanak-kanak. Aman sikit kalau mama papa nak makan kan...tapi lupa pulak nak snap gambar tempat main diorang. Ala yang belon boleh lompat-lompat kat dalam tu..

Dimsum..betul ke eja ni

Hotdog banjir

Spageti 2xx pedas...ingat meggi je ke ada

Kambing bakaq..


Nama Kedai : MZ Cafe
Lokasi : Jalan Desa Utama, Kampung Dato Abu Bakar Baginda, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Harga : Sesuai dengan kualiti dan kesedapan..serta banyak pilihan
Masa Operasi : Pagi sampai ke malam..cukup 3 kali sehari makan
My Star : Oja bagi 4 bintang
Nota Kaki : Parking belambak jangan risau..cafe ni jugak ada sediakan perkhidmatan sewa dewan yang ala2 garden gitu

Tuesday, August 13, 2019

Kaki Makan Masakan Cili Api & Tempoyak

oja
View depan restoren












Hai semua..for my 1st writing, I decided to write about food. Siapa yang tak suka makan kan?. Walaupun saya berasal dari Kelantan yang memang terkenal dengan makanan manis, but I prefer more spicy taste. Masak lemak cili padi dan masak tempoyak. Ini adalah antara restoren yang saya pernah makan masak lemak cili padi dan tempoyak. Kuah sangat pekat dan untuk tempoyak restoren ini menggunakan ikan patin sangkar yang segar. Maknanya rasa patin tersebut tidak hanyir dan seterusnya tidak akan mengganggu rasa masak tempoyak.

Selain itu, restoren ini juga ada menyediakan masakan asam pedas. Bagi penggemar asam pedas boleh cuba asam pedas restoren ini, memang kaww..

Dibawah ini saya sertakan gambar yang saya ambik di restoren tersebut untuk tatapan semua. Nak bagi rasa tak dapat, I only can give the picture..but not the taste.



oja
Tempoyak..sedappp

oja
Daging  Youolss..

oja
Siput Sedut..PERGHH

oja
Ayam..PEKAT LIKAT

Nama Kedai : Masakan Kampung KITO
Lokasi : Jalan Perak P15, Presint Diplomatik, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Harga : Sesuai dengan kualiti dan kesedapan..ikan patin fresh from temerloh hokayy
Masa Operasi : Pagi sampai petang jer tau..malam depe rehat
My Star : Oja bagi 4.2 bintang
Nota Kaki : Kedai ni bersebelahan dengan ManjaKu Presint 15, untuk ibu2 yang ada anak kecik sediakan duit lebih ya..

Monday, August 12, 2019

Gila Mee Meggi..Macam Anak-anak Saya

Hai readers semua, hari ini saya nak kongsi pasal tempat makan yang menyediakan masakan menggunakan mee maggi ala western style. My 2nd child jenis yang tak makan nasi, restoren ni menggunakan mee maggi (indomie) sebagai bahan asas mereka. Memang menjadi tempat kegemaran untuk anak saya. Masakan adalah lebih kepada goreng-goreng. Tapi yang paling best, menu ini dihidang bersama chicken grill or meat grill. Awak semua boleh pilih mengikut selera masing-masing. Anda boleh pilih sama ada ingin hidangan untuk seorang atau untuk family.

Well, enjoy the photo..



Hidangan bersama ayam dan daging bakar


Hidangan family pack, macam-macam daging ada


Sedapnya..


The Indo Bowl Menu
Nama Restoran : Indo Bowl
Lokasi : 72, Jalan Tasik Utama 7, Lakesfield, Sg. Besi, 57000 Kuala Lumpur
Harga : Affordable
Masa Operasi : 10 am - 11 pm (i think so)
My Star : 4.5
Nota Kaki : Parking agak susah area sini.

KERJA SAMBIL JALAN DI SABAH