Total Pageviews

Tuesday, October 15, 2019

KERJA SAMBIL JALAN DI SABAH

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Kali ini saya nak cerita pasal tempat yang saya menginap semasa urusan kerja September 2019 yang lepas. Saya menginap di Beringgis Spa Beach Resort, Papar, Sabah. Cantik tempat dia. Berdekatan dengan pantai. Tapi pantai kawasan sini tidak sesuai untuk mandi manda disebabkan kawasan 'Jelly Fish' melepak. Hanya sekadar nak tengok matahari terbit dan turun. Tapi, suasana dia cantik sangat.

Suasana resort dan bilik disini lebih sesuai kepada pasangan honeymoon sebab suasana dia lebih kepada mood suram dan romantik. Pergerakan disini jugak agak terhad bagi yang menggunakan wheel chair atau stroller anak-anak. Tiada kemudakan lif disediakan, hanya tangga. Resort penginapan adalah 2 tingkat, maknanya akan ada bilik di tingkat atas yang perlu naik menggunakan tangga. Walau bagaimanapun, customer service disini akan membantu jika pengguna wheel chair mahu menggunakan tangga, staft sana akan mengangkat customer tersebut semasa menaiki atau turun tangga. Dari parking ke lobi resort anda perlu mendaki tangga, dan dari lobi ke kawasan penginap and perlu turun tangga.

Pilihan bfast disini adalah pelbagai, kira lengkap untuk sarapan pagi. Kawasan sini agak jauh dengan Kota Kinabalu dan jika anda ingin menikmati seafood perlulah keluar ke Kota Kinabalu dalam jarak 45 minit perjalanan.













Lokasi : Beringgis Beach Resort, Papar, Sabah, Malaysia
https://goo.gl/maps/cHaKU6zzPYcQK7X6A

KERJA SAMBIL JALAN DI SABAH